Sunday, 18 May 2014

Prinsip Asas Fotografi

Prinsip asas fotografi

Dalam menjadi seorang fotografi, seseorang itu haruslah menguasai teknik asasnya. Terdapat 7 jenis teknik asas dalam fotografi:

1)Aperture

Aperture adalah bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila anda mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang mahu dirakam. Memilih aperture yang mahu digunakan akan mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi. Semakin besar lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera.

“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.


Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.

Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait.
Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop
f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

2) Exposure
Exposure (dedahan) ialah menyukat dan mengimbang cahaya.
Terlalu banyak cahaya masuk akan membuatkan imej anda menjadi cerah atau putih. Tetapi jika tidak cukup cahaya pula imej anda akan menjadi terlalu gelap ataupun hitam terus.
Imej fotografi yang bagus bergantung kepada pengiraan tetapan exposure (dedahan) yang akan dihantar dengan jumlah exposure (dedahan) yang betul.
Sebagai orang yang menggunakan kamera, kita boleh mengawal kuantiti cahaya masuk dengan melaraskan shutter speed, aperture dan ISO.


3)Shutter Speed

Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kerana membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).
Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.
Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.
Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.



4)Composition

Komposisi adalah cara dan teknik yang membimbing mata penonton ke arah elemen yang ingin diambil. Komposisilah yang membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain, yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar. Element dalam komposisi seperti Perspektif, Framing, Background, Foground, Rule of Third, Garisan, Bayang, Panning amat perlu dititik beratkan.



5)Rule of Thirds

 DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar. DOF dipengaruhi bukaan pandangan, jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture. Princip ini haruslah diambil berat oleh jurugambar ketika mengambil gambar kerana ia akan menjejaskan kualiti gambar tersebut.



6)Depth of Field



Depth Field dipengaruhi oleh 1. nilai aperture dan 2. jarak jurukamera dari subjek (atau panjang lensa yang anda gunakan). Terdapat 2 jenis depth of field yang jurukamera perlu tahu iaitu:-
1.      Shallow Depth Of Field(Narrow)  biasanya digunakan dalam gambar-gambar potrait bila jurugambar mahu memfokuskan pada ‘objek utama‘ sahaja. Oleh itu, bahagian belakang (background) perlu dikaburkan (blur).
2.      Deep Depth Of Field (Wide) biasanya digunakan dalam gambar-gambar landskap bagi mendapatkan detail yang lengkap pada keseluruhan gambar.
Dalam mempengaruhi Depth of Field dengan menggunakan aperture, 2 perkara ini perlu dingati:
  • Lebih besar aperture digunakan, lebih kecil (shallow/narrow) Depth of Field.
  • Lebih kecil aperture digunakan, lebih besar (deep/wider) Depth Of Field.




7)Balance

Kaedah ini menunjukkan teknik mengimbangkan gambar yang diambil dimana 
setiap nada, jisim, bentuk, pokok, angka batu, bangunan, talian, atau bayangan menyumbang sejumlah berat badan yang perlu disusun dengan betul dalam komposisi untuk memberi gambaran kira-kira. Penempatan tertakluk di dalam kawasan gambar adalah faktor yang perlu dikaji dengan mendalam.

White Balance merupakan salah satu aspek dalam fotografi dimana banyak juru gambar kurang mengerti serta mengetahui bagaimana menggunakannya, tetapi hal ini boleh dikatakan sebagai hal yang 'layak' untuk dipelajari, karana akan memberikan impak pada foto yang kita ciptakan. 





 Preset Pengaturan White Balance
Berikut ini merupakan beberapa fitur dasar pengaturan White Balance yang terdapat pada kebanyakan kamera digital:
  • ·Auto - Kamera menentukan tebakan pengaturan White Balance setiap jepretan yang diambil. Pengaturan ini mungkin akan berhasil di kebanyakan situasi pencahayaan, tetapi cobalah untuk sedikit ber-eksplorasi pada cahaya-cahaya yang lebih 'tricky'
  • ·Tungsten - Mode pengaturan ini biasanya dilambangkan dengan bohlam kecil, dan digunakan memotret di dalam ruangan (indoor), terutama pada pencahayaan tungsten (incandescent) seperti bohlam, secara umum akan 'mendinginkan' warna dalam foto.
  • ·Fluorescent - Mode ini menyeimbangkan cahaya 'dingin' dari Fluorescent, jadi bisa dikatakan akan 'menghangatkan' foto kalian.
  • ·Daylight/Sunny - Tidak semua kamera memiliki mode pengaturan White Balance ini, karena hampir sama dengan normal WB
  • ·Cloudy - Biasanya pengaturan ini secara umum akan memberikan sentuhan yang lebih 'hangat' dibandingkan mode Daylight.
  • ·Flash - Cahaya yang dihasilkan oleh flash kamera bisa jadi cukup 'dingin', jadi pengaturan ini akan menghangatkan warna pada hasil foto.
  • · Shade - Cahaya yang ada pada shade (naungan) secara umum lebih dingin (Biru) dibandingkan memotret dibawah cahaya matahari langsung, jadi pengaturan ini akan sedikit menghangatkan.

No comments:

Post a Comment